Tuesday, February 24, 2009

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek Sex Video Scandal


PETALING JAYA - Isu aksi seks Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dengan seorang wanita timbul semula.

Semalam, bekas Menteri Kesihatan itu tiba-tiba dipanggil polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Soi Lek tiba di balai tersebut pada pukul 10.30 pagi sebelum keluar pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, bekas menteri itu dipanggil oleh pegawai penyiasat bagi memberi keterangan berhubung laporan seorang ahli perniagaan yang menerima sekeping video cakera padat (VCD) di rumahnya di Kelana Jaya Jumaat lalu.

"Pegawai penyiasat telah mengambil keterangan Soi Lek bagi mengenal pasti ia ialah VCD sama yang membabitkan bekas menteri itu.

"Keterangan daripada Soi Lek merupakan prosedur biasa," katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya kemungkinan Soi Lek akan dipanggil lagi, Khalid memberitahu, ia bergantung kepada hasil siasatan.

No comments:

Post a Comment