Tuesday, February 17, 2009

Bapa Dato Siti meninggal akibat serangan jantung

SITI dan Khalid di hadapan pusara bapa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, Kuala Lipis malam tadi.
Al-fatihah....semalam bapa kepada penyanyi nobor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri (HPAP) akibat pelbagai komplikasi kesihatan. Allahyarham Tarudin Ismail, 67, meninggal dunia jam 11.50 pagi semalam.

Kakak ipar Siti, Rozie Abdul Razak berkata, arwah pada mulanya mengadu tidak sedap badan di rumahnya di Kuala Lipis, Pahang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis pada 2 pagi Jumaat lalu.Arwah dibenarkan pulang pada 4 pagi tetapi pada 5 pagi, beliau rebah di ruang tamu.

Menurutnya, Siti kemudiannya menghubungi HPAP dan meminta ambulans menjemput bapanya di Kuala Lipis.

Apabila sampai di hospital berkenaan, bapa penyanyi itu kemudiannya menjalani satu pembedahan pada 7 petang pada hari yang sama.

Selepas menjalani pembedahan, arwah dimasukkan ke ICU kerana masih tidak sedarkan diri akibat komplikasi penyakit seperti kencing manis dan buah pinggang sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Namun gurauan arwah, "Jangalah sedihm abah tak mati lagi," kepada ahli keluarganya sebelum dimasukkan ke dewan pembedahan jantung d HPAP menjadi kenyataan. Siti mengakui dirinya terkilan kerana harapan untuk membalas segala jasa arwah bapanya selaku pendorong dan sumber kekuatannya dalam bidang seni selama ini tidak tercapai. ( 16.2.2009 )


No comments:

Post a Comment